Sunday, September 18, 2011

Kuah Kacang Mak Orang Lain

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpan minyak dan dibuang kulit

Dikisar dengan air:
6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering (agak-agak), direndam - kalau terbanyak masin pulak


Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml



Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, 

   sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan

   agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan 

   mendidih sambil dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan

   risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia
   akan pekat.
6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.

** Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah
** Tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah
   kacang cepat basi.



Kuah Kacang actually taste better after a few hours of cooking it. The longer you let it sit the tastier it becomes. That`s why I normally cook it the night before Hari Raya, so the next morning I`ll find it tastes much much better than after it was cooked.

Spaghetti Aglio Olio (spaghetti bawang putih)

Bahan-bahan (5-6 orang)

500 g spaghetti
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar parmesan cheese


Cara-cara
  1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
  2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
  3. Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam.
  4. Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata. Taburkan parmesan cheese.
  5. Siap untuk dihidangkan.
Chili flakes kalau takde bole buat dengan cara :- amik 5-7 batang cili kering , buang biji lada kat dalam tu, pastu kisar cili kering guna blender kecik. Jangan halus sangat.

Saturday, November 27, 2010

Mee Goreng Marvelous

Bahan-bahan
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Lada kisar
Setengah sudu udang kering
Udang/Daging/Fish Cake
Kicap manis
Sawi
Telur
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan udang kering. 
2. Tumis bahan-bahan tersebut bersama lada kisar hingga naik minyak.
3. Masukkan udang,daging dan fish cake.
4. Tambahkan kicap manis sehingga bahan tumis menjadi hitam.
5. Tambah garam dan rasakan masinnya.
6. Masukkan sedikit air udang atau daging.
7. Masukkan mee dan sayur - gaul sebati
8. Kosongkan kuali dia bahagian tengah dan pecahkan telur- kacau rata.
8. Hias kan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng
9. Sedia untuk dihidang.



Daging Goreng Cili


Bahan-bahan
500 gm daging ~ rebus dan dihiris
5 biji cili api*
3 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
* dikisar
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 sudu cili sos
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak.

Cara Penyediaan
1. Tumbuk daging yang telah dihiris sehingga nipis.
2. Perapkan daging tadi dengan kicap manis lebih kurang 30min.
3. Kemudian gorengkan daging tadi sebentar tetapi jangan sampai garing.
4. Asingkan daging yang telah digoreng tadi.
5. Tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan sos cili dan sedikit air.
6. Masukkan daging dan gaul sehingga rata.
7. Rasakan masin dan manisnya.
8. Masukkan bawang hiris, gaul seketika dan boleh lah diangkat.