Bahan - bahannya...
200 gram daging lembu (nak sedap guna daging batang pinang) / atau daging ayam
2 ulas bawang putih - di cincang
2 ulas bawang merah - di cincang
1/2 bawang besar - di dadukan
1 inci halia - di hiris nipis
3 batang cili kering - potong 3 setiap satu
kicap karamel / pekat
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
1/2 kiub knorr lembu - pilihan
1 sudu besar tepung jagung - di bancuh
cara - caranya..
perapkan daging dengan kicap karamel, seeloknya dibiarkan semalaman dalam peti sejuk supaya meresap...
panaskan minyak dan tumis kesemua bawang sehingga naik bau...
masukkan daging yang di perap itu kedalam kuali dan biarkan lebih kurang 5 minit dan kemudian masukkan pula halia dan cili kering, jika penyediaan untuk si kecil, masukkan ketika sudah masak iaitu selepas diasingkan..
biarkan dalam 5 minit atau sehingga daging nampak separuh masak..
selepas itu masukkan kicap, sos tiram, dan kicap masin.. dan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga sebati....
biarkan diatas dapur sehingga masak, dan pada waktu ini boleh tambahkan cili kering dan kalau suka tambahkan 1/2 kiub knorr lembu sebagai penambah perasa...
CILOK RESEPi DARI http://www.wetot.la/2013/07/resepi-daging-masak-kong-boh.html
Referensi lain
Referensi lain
No comments:
Post a Comment