Thursday, August 23, 2012

Spaghetti With Shrimp and Basil Sauce




Bahan-bahannya

2 ikat spaghetti
6 ekor udang sederhana
8 helai daun basil
2 biji bawang putih
80ml susu segar ( nak guna fresh cream pun buleh)
Sedikit lada sulah
Sedikit Oregano
2 sudu besar olive oil



Cara-caranya.
1. Rebus spaghetti mengikut masa yang ditetapkan

   - arahan pada paket-

2. Buang kulit udang, dan kulitnya dijadikan stok,
   masukkan 1\2 cawan air dan rebus sebentar.

3. Blender daun basil bersama air stok udang dan
   satu biji bawang putih hingga hancur.

4. Selepas itu, panaskan 1 sudu besar olive oil
   dan saute udang sehingga perang, angkat dan
   ketepikan. Di dalam fry pan yang same, masukkan
   1 sudu besar lagi olive oil dan tumis bawang
   putih hingga naik bau.

5. Curahkan bahan yang diblender tadi dan kacau
   sebati, setelah agak mendidih baru masukkan susu,
   masak hingga agak pekat, boleh juga campurkan
   sedikit cheese powder ( parmesan cheese),
   sesuaikan rasa, masukkan lada sulah, oregano
   dan garam, akhir sekali masukkan spagetti yang
   telah direbus tadi dan kacau sebati.
   Sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah.

6. Angkat dan hidangkan di atas pinggan,
   hias sengan udang dan daun basil.Titiskan
   juga sedikit olive oil. Sedia untuk dihidangkan.
   Selamat Mencuba kawan-kawan.

Daging Beriani Buah Tamar

Bahan-bahannya :

400 gram daging tanpa tulang
5 biji buah kurma yang di buang bijinya
1/4 biji bawang besar ( boleh diganti dengan 5 biji bawang merah)
2 biji bawang putih
2 inci halia ( sebesar ibu jari)
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar ketumbar
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 tangkai cili kering
1 cawan susu segar ( boleh diganti dengan 1 cawan santan pekat)
3 sudu besar tamato ketchup ( boleh diganti dengan tomato puri

  atau sos tomato)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat



Caranya
1. Potong daging sederhana, bentuk kiub, kisar
   bawang besar, bawang putih, halia, cili kering,
   jintan manis, ketumbar dan
   buah kurma. Ketepikan.

2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis,
   bunga lawang dan buah pelaga, setelah naik bau,
   masukkan pula bahan kisar tadi, kacau sebati.
   Setelah agak garing, masukkan daging dan kacau lagi.
   Biarkan seketika.


3.Selepas itu masukkan susu segar@santan pekat,
  tomato ketchup, kicap manis dan kicap pekat
  dan 2 cawan air. Masak sehingga daging empuk
  dan kuah pecah minyak serta menjadi pekat,
  sesuaikan rasa, masukkan garam. Sedia untuk
  dihidangkan.
  Senang, sedap dan menyelerakan. Selamat Mencuba.


 

Spaghetti Seafood Sos Segera




Bahan-bahanya

2 ikat spaghetti
1 kotak sos pasta tomato segera Italy (boleh ganti dengan sos prego)
Sedikit hirisan sotong
Sedikit asari ( macam lala)
Beberapa ekor udang yang dibuang kulit
Hirisan daun pasley
Hirisan daun aujiso ( takde pun takpe)
Sedikit serbuk parmesan cheese
Sedikit olive oil


Cara-cara
1. Rebus spaghetti di dalam air rebusan yang mendidih,
   masukkan juga 2 sudu besar garam dalam air rebusan
   tadi, rebus mengikut masa dan arahan pada paket
   spaghetti, angkat dan toskan,  gaul spaghetti tadi
   dengan sedikit olive oil supaya tidak melekat.

2. Didalam fry pan, panaskan 2 sudu olive oil dan
   tuangkan sos pasta segera, setelah agak mendidih
   masukkan hirisan daun pasley, udang, asari dan
   sotong, biarkan kuah agak pekat dan asari terbuka
   kulitnya, sesuaikan rasa, jika tawar masukkan
   sedikit garam,  dan tutup api.

3. Ambil spaghetti yang telah direbus tadi dan
   letakkan di atas pinggan, curah kuah pasta
   seafood dan toppingkan dengan aujiso dan
   serbuk parmesan cheese, sedia untuk dihidangkan
   panas-panas, selamat mencuba.