Monday, January 22, 2024

Daging Masak Kong Boh

Bahan - bahannya...

200 gram daging lembu (nak sedap guna daging batang pinang) / atau daging ayam
2 ulas bawang putih - di cincang
2 ulas bawang merah - di cincang
1/2 bawang besar - di dadukan
1 inci halia - di hiris nipis
3 batang cili kering - potong 3 setiap satu
kicap karamel / pekat
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
1/2 kiub knorr lembu - pilihan
1 sudu besar tepung jagung - di bancuh

cara - caranya..

perapkan daging dengan kicap karamel, seeloknya dibiarkan semalaman dalam peti sejuk supaya meresap...

panaskan minyak dan tumis kesemua bawang sehingga naik bau...

masukkan daging yang di perap itu kedalam kuali dan biarkan lebih kurang 5 minit dan kemudian masukkan pula halia dan cili kering, jika penyediaan untuk si kecil, masukkan ketika sudah masak iaitu selepas diasingkan..

biarkan dalam 5 minit atau sehingga daging nampak separuh masak.. 

selepas itu masukkan kicap, sos tiram, dan kicap masin.. dan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga sebati.... 

biarkan diatas dapur sehingga masak, dan pada waktu ini boleh tambahkan cili kering  dan kalau suka tambahkan 1/2 kiub knorr lembu sebagai penambah perasa...



Friday, January 19, 2024

Hidup Sihat, Kewangan Mantap: Panduan Lengkap untuk Kesejahteraan Anda

Salam sejahtera pembaca yang dihormati! Hari ini kita akan membincangkan dua topik yang amat penting dalam kehidupan kita – kesihatan dan kewangan. Dua aspek ini saling berkait rapat dan memainkan peranan penting dalam menjamin kualiti hidup yang lebih baik. Marilah kita selami lebih dalam!

Bahagian 1: Kepentingan Kesihatan yang Baik

Kesihatan adalah harta yang paling berharga. Tanpa kesihatan yang baik, segala usaha kita untuk mencapai kejayaan dalam hidup mungkin akan terhambat. Penting untuk menjaga badan kita dengan baik agar kita dapat menjalani hidup dengan penuh tenaga dan semangat.

Tips untuk menjaga kesihatan:

  1. Pemakanan Seimbang: Amalkan diet yang seimbang dengan gabungan karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan mineral. Elakkan makanan segera dan berlemak.

  2. Senaman Berkala: Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Senaman membantu menjaga kecergasan dan mengurangkan risiko penyakit.

    Rehat Cukup: Tidur yang cukup penting untuk pemulihan tenaga dan mental kita.

Bahagian 2: Pengurusan Kewangan yang Bijak

Kewangan yang stabil penting untuk keselamatan dan ketenangan hidup kita. Pengurusan kewangan yang bijak membantu kita dalam merancang masa depan dan menghadapi situasi kecemasan tanpa tekanan.

Langkah-langkah untuk pengurusan kewangan yang bijak:

  1. Bajet dan Perancangan: Tentukan bajet bulanan anda dan ikuti secara disiplin. Ini membantu anda mengawal perbelanjaan.

  2. Simpanan dan Pelaburan: Mula menyimpan sebahagian pendapatan dan melabur secara bijak untuk masa depan.

  3. Perlindungan Kewangan: Melabur dalam insurans dan dana kecemasan sebagai langkah perlindungan.

Bahagian 3: Menggabungkan Kesihatan dan Kewangan

Menggabungkan aspek kesihatan dan kewangan dalam hidup kita membolehkan kita mencapai keseimbangan yang ideal. Dengan tubuh badan yang sihat, kita lebih cergas untuk beraktiviti dan menjana pendapatan. Sebaliknya, dengan kewangan yang stabil, kita boleh mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

Bahagian 4: Kesimpulan

Ingatlah, kesihatan dan kewangan adalah dua aspek penting yang perlu kita jaga dengan baik. Amalkan gaya hidup sihat dan bijak dalam pengurusan kewangan untuk masa depan yang cerah dan sejahtera.

Rujukan dan Inspirasi:

Untuk lebih banyak informasi dan inspirasi, anda boleh menerokai beberapa sumber yang menarik. Walaupun saya tidak dapat menyertakan pautan langsung, saya ingin menyarankan anda untuk melawat beberapa laman web yang telah memberikan inspirasi kepada artikel ini, termasuk:

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda dalam menjalani hidup yang lebih sihat dan kaya!

Monday, April 27, 2015

Fettuccine Carbonara

Fettuccine's carbonara 
secekak fettuccine direbus 
sedikit isi ayam dihiris nipis 
1/2 cawan susu full cream 
1 sudu tepung gandum
1 keping cheesedale
1 ulas bwg putih dicincang
1/2 labu bawang besar didadu
1/2 kiub daging knors
2 biji cendawan butang dihiris
1 sudu teh serbuk lada hitam Maggie
mix herbs
sayuran ikut suka
* Tumis bawang2 masukkan ayam dan susu yg dicampur tepung gandum. masukkan cheesedale, kiub knors, serbuk lada hitam dan cendawan. renehkan...tak perlu garam

Website Best Giler

www.tudungterkini4u.com

Friday, October 25, 2013

Seafood Pasta

Bahan-bahannya

KALAU TAKDE ASARI , ANY SEAFOOD PUN OK...

2 ikat spagetti ( direbus, ikut araha pada pek, air rebusan campur 2 sudu besar garam)
beberapa udang yang telah dibuang kulit ( ros guna yang frozen)
1 bekas kecil asari @ Lala
1/2 cawan susu
1 sudu besar tepung gandum+ 3 sudu besar air ( dijadikan pes)
1 biji bawang putih
sedikit carrot ( dipotong anak mancis)
sedikit batang celery ( potong nipis)
cendawan ( buleh guna cendawan butang)
beberapa helai daun salad ( di hiris kasar)
sedikit pamersan cheese ( sebagai taburan atas spagetti  nanti)
2 sudu besar olive oil untuk tumisan
sedikit oregano

Caranya

1. Asari@Lala direbus dengan 1 cawan air dan biarkan asari@lala terbuka dan kemudian ditapis airnya. keluarkan isi asari dan ketepikan.

2. Panaskan olive oil dan tumis bawang putih, kemudian masukkan oregano, carrot dan hirisan celery, biarkan seketika, setelah semua agak layu, baru masukkan udang, pes tepung dan susu, kacau sebati dan masukkan air rebusan asari, jika terlalu pekat buleh tambah sedikit air.

3. Akhir sekali baru masukkan cendawan, daun salad dan isi asari tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah, kacau lagi, setelah agak pekat padamkan api dan curah kuah tadi di atas spagetti yang telah direbus, tabur sedikit pamesan cheese dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Friday, September 6, 2013

Cempedak Goreng Rangup

Bahan-bahan : (3-4 orang makan)
  • buah cempedak ranum secukupnya 
batter :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • sedikit garam dan pewarna kuning
Cara-cara :

  1. Blend semua bahan batter hingga sebati. 
  2. Sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, celupkan buah cempedak ke dalam adunan dan gorenglah hingga keemasan. Toskan setelah digoreng. 

Sotong Goreng Tepung


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara
  1. Potong sotong kecil2/ring2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan.
  4. Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.