Friday, September 6, 2013

Cempedak Goreng Rangup

Bahan-bahan : (3-4 orang makan)
  • buah cempedak ranum secukupnya 
batter :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • sedikit garam dan pewarna kuning
Cara-cara :

  1. Blend semua bahan batter hingga sebati. 
  2. Sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, celupkan buah cempedak ke dalam adunan dan gorenglah hingga keemasan. Toskan setelah digoreng. 

Sotong Goreng Tepung


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara
  1. Potong sotong kecil2/ring2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan.
  4. Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.